Produk halal menguasai dunia?

Kerap kali saya dengar di radio IKIM, pengilang produk muslim menggunakan tagline ‘dari Muslim untuk Muslim’. Produk mereka hanya untuk orang Islam. Agar orang Islam yang memakan dan meminumnya menjadi lebih cerdik dan cerdas dan pintar lebih dari bangsa lain di muka bumi tuhan ini. Maka dengan itu dapatlah kita menegakkan Islam sebagai kuasa utama dan mengembalikan sistem khilafah. Konon.

Ada juga pengilang yang lebih ekstrim – menggunakan undang-undang halal yang lebih halal dari halal, iaitu tidak membenarkan pekerja wanita yang datang bulan dari terlibat dalam kegiatan penyediaan dan pembungkusan bahan makanan (makluman – ini adalah undang-undang pemakanan kosher Yahudi). Halal yang lebih halal dari halal ini diwar-warkan di radio mana lagi kalau bukan IKIM juga.

Dari jumlah penduduk Malaysia yang 26 juta orang lebih ini, berapa orang dengar radio IKIM? Dari yang mendengar radio IKIM itu, berapa ramai yang akan membeli? Dan dari yang membeli itu, berapa keuntungan yang dapat dijana dari hasil jualan?

Kawan, dunia dikuasai dengan ekonomi. Setelah mendirikan masjid di Madinah, umat Islam memecahkan monopoli ekonomi Yahudi dalam bidang perniagaan. Mereka tidak hanya menjual dan bermuamalat khusus untuk umat Islam semata-mata, tetapi juga bermuamalat dengan orang lain.

Bukankah Nabi diutuskan sebagai rahmat untuk sekalian alam – bukan hanya sebagai rahmat untuk alam Islami sahaja?

Pengilang Cina, seperti Hwa Tai contohnya, datang ke bank-bank Islami untuk mendapatkan pembiayaan Islami, menggaji pekerja-pekerja Islam, mendapatkan cop halal dari JAKIM, dan akhirnya produk mereka dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat Malaysia, Islam dan bukan Islam. Kilang-kilang Cina ini mencatat peroleh ratusan juta ringgit setahun dengan menjual kepada semua, dan mereka memastikan produk mereka 100% halal, dari sumber bahan, sumber pembiayaan, pekerja dan sebagainya.

Lalu pekilang-pekilang Muslim yang hanya menjual kepada orang Islam ini mengadu mengeluh, perolehan mereka kecil kerana orang Islam tidak menyokong produk mereka.

Kawan, jangan main sentimen. Kalau produk awak bagus, kami beli lagi dan lagi dan lagi dan lagi, sama macam kami beli biskut cap Ping Pong sejak dari kecil sampai dah beranak bercucu. Faham?

Benar, produk halal bakal menguasai dunia. Tetapi jika sentimen yang dimainkan, pengeluar produk tidak semestinya muslim.

One thought on “Produk halal menguasai dunia?

  1. Setuju. Saya ada memperkatakan tentang perkara ini beberapa minggu yang lepas🙂

    Izinkan saya pos di sini ye;
    Ini pendapat saya kepada mereka yang terlibat dalam industri halal.
    Kalau korang jual makanan, janganlah SEMATA-MATA jaja point ni untuk lakukan produk korang :-
    1. ini produk halal
    2. ini bumiputera punya produk
    3. ini orang Islam punya produk

    No way……anda lihatlah, berapa banyak produk yang hanya berdiri dengan point-point tu lingkup dan tersadai !!!

    Betulkan mind setting bisnes anda !
    Ingat, USP. Saya ulang balik, USP. USP !

    Unik Selling Point
    (ejaan manglish)…..

    Beritahu kelebihan produk anda :-
    saya ambil contoh, produk kulit popia (saya tak ingat post siapa saya baca, tapi tercetusnya post ni disebabkan post beliau)

    1. kulit popia saya lebih tahan lasak
    2. kulit popia saya paling gebu
    3. kulit popia saya harga bawah market
    4. kulit popia saya tahan lama
    5. kulit popia saya tidak mudah hangit
    6. kulit popia saya _____

    dan teruskan senarai anda !

    Ya….sudah tiba masanya kita bersaing ATAS dasar kekuatan, bukan sentimen !!!

    Kerana sentimen tidak kekal…..tapi jadikan permainan sentimen tersebut sebagai bonus !!!

    pengalaman saya :-
    Saya nak pergi kedai melayu islam, tapi malangnya kedai dia tak best langsung, barang banyak takde, dah lah mahal, busuk, terabur dan banyak lagi.

    Well, anda expect nak saya masuk kedai anda lagi kerana anda kedai Islam? Melayu?

    Think twice man, think twice…..

    ~Ending of my rant ~
    Raja Kamil

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s