Buku Kecil untuk Cemerlang di Universiti

Sudah terbit!

Buku kecil (booklet) untuk cemerlang di Universiti.

Segala isinya di bawah ini. Boleh Tak perlu download dalam bentuk pdf di sini:

~~~~~~~~~~~~~

Buku Kecil untuk Cemerlang di Universiti

Terus, direct dan straight to the point.

AbuAufa Ashraf Latif, 2012. Untuk manfaat bersama.

~~~~~~~~~~~~~~

Berikut adalah 4 prinsip utama yang diamalkan. Ada yang ini, in sha Allah cemerlang dalam pelajaran atau pekerjaan.

  1. Peka
  2. Kawal
  3. Rancang
  4. Tahsin

~~~~~~~~~~~~

#Peka

  1. Peka dengan semua tanggungjawab – dari segi akademik (tarikh hantar tugasan, tarikh ujian dll) dan bukan akademik (tarikh akhir hantar borang biasiswa, tarikh program penting, tarikh bertunang dll)
  2. Tulis segalanya dalam satu buku (Jangan gunakan diari. Gunakan organizer yang ringkas, mudah dibawa ke mana-mana.)
  3. Letak hierarki kepentingan – kurang penting, penting, sangat penting. Kerana boleh jadi dalam satu hari akan ada banyak yang clash, maka yang kurang penting boleh diketepikan/ditunda ke hari lain.
  4. Rancang tugasan-tugasan penting yang berkaitan dengan perkara di atas. Tulis sebagai checklist. Contohnya, Perkara maha penting: Tugasan A. Bahan-bahan untuk tugasan penting boleh mula dikumpul 7~8 minggu sebelum tarikh hantar. Tugasan boleh mula dibuat 5~6 minggu.
  5. Ambil tindakan. Jangan sekadar tulis, tapi kena buat.

~~~~~~~~~~~~~~~~

#Kawal

  1. Pastikan kita sentiasa dalam kawalan. Rujuk organizer dan buat penilaian.
  2. Rancang dan buat. (Ulangan point dari #Peka).
  3. Pecahkan projek besar kepada sub-projek yang lebih kecil. Lebih senang dan nampak kurang mengerikan.
  4. Kenalpasti apa yang ingin dilakukan dan bila akan dilakukan. Hadkan masa, hindari gangguan, tutup telefon bimbit, putuskan sambungan internet. Guna teknik ‘diari masa’ (akan diterangkan di bawah) dan buat di tempat yang tidak ditemui orang seperti ceruk library atau kelas kosong. Buat penilaian (muhasabah) ke atas hasil.

#@To-do list dan had waktu.

  1. Senaraikan perkara yang perlu dibuat.
  2. Tengok jadual waktu kelas.
  3. Slotkan senarai mengikut waktu luang.

#@Jadual tetap

  1. Mulakan tugasan/bacaan seawal mungkin. ‘Masih lagi awal sem’ adalah mentera-mentera menuju kegagalan.
  2. Katakan ‘takmau’ kepada semua, melainkan perkara yang penting dan menarik
  3.  Jangan jadi lalang.
  4. Sepertimana drama bersiri di TV, tugasan kita mestilah juga bersiri. Buat latihan/tugasan/bacaan dengan kerap pada masa yang tetap. Contoh, lepas isyak sampai pukul 11 adalah masa homework/latihan. Jangan ada urusan lain pada masa ini.
  5. Jadi ghaib waktu study. Hilangkan diri ke tempat yang kita boleh belajar dengan aman.
  6. Kumpulkan tugasan kurang penting dan tidak mendesak supaya boleh dibuat dalam satu batch. Contohnya, periksa dan balas emel hanya sekali sehari. Hadkan masa 1 jam untuk ini.

#@Teknik Leverage Masa

Pada malam exam, kita study atau menonton drama bersiri? Kita merasakan masa semasa musim peperiksaan adalah amat berharga dan menggunakannya dengan sebaik mungkin untuk ulangkaji.

Setiap saat dicipta Tuhan tidak sama. Ada yang kita rasa sangat lama untuk masa berganjak. Ada yang kita rasa sangat sebentar tanpa sedar. Belajar pada waktu belajar, main pada masa main. Pengalaman peribadi, ada sahabat yang menonton filem dan bermain game hampir setiap malam dan hanya mula belajar 2~3 sebelum peperiksaan, 20 jam sehari. Penuh tekanan dan sangat stress! Peperiksaan ditempuh dengan penuh debar, dan cuti semester diisi dengan perasaan gundah tentang keputusan yang bakal diterima.

Bandingkan pula rakan yang bermula dari awal, tenang semasa peperiksaan dan memenuhi waktu cuti semester dengan santai tanpa memikirkan keputusan peperiksaan.

#@Teknik pengurusan masa – ‘Diari Waktu’

Sebenarnya, kita belajar/bekerja kurang dari apa yang kita sangka. Ramai orang kelihatan macam study, tetapi sebenarnya langsung tidak. Teknik ini dapat membantu untuk study tanpa nampak ‘macam study’.

Subjek Topik Waktu Mula Waktu Akhir Output/kesimpulan Faedah/Forecast
Electronic Power 9pm 1030pm E=mcc

Waktu mula adalah waktu kita mula belajar/fokus. Waktu akhir adalah waktu bila kita berhenti – mengelamun, ke tandas dll. Tulis waktu mula semula bila menyambung.

Teknik ini saya gunakan sampai sekarang – di alam pekerjaan. Banyak membantu saya muhasabah dan mengawal masa yang saya luangkan untuk sesuatu tugasan.

~~~~~~~~~~~

#Rancang

  1. Sentiasa ada rancangan yang jelas – dan jalan menuju kepadanya.
  2. Laksanakan rancangan berdikit-dikit.
  3. Hindari ‘macam buat kerja’, tapi betul-betul buat kerja. Boleh diatasi dengan kaedah ‘diari waktu’.
  4. Ambil nota dengan bijak (akan dibincangkan). Compare nota dengan rakan-rakan.
  5. Rehat sebelum peperiksaan. Pastikan kita sudah bersedia sepenuhnya sekurang-kurangnya 2 hari sebelum peperiksaan.

#@Teknik ambil nota

Pada awalnya, saya menggunakan teknik peta minda. Kemudian saya dapati saya menghadapi kesukaran menyusun kembali idea-idea yang ada dan nota menjadi bercelaru. Kalau teknik peta minda sesuai dengan anda, dipersilakan.

  1. Dari buku/bacaan
    1. Jangan berhenti membaca selagi belum habis artikel/jurnal. Sambil baca, bulatkan diruang kosong kiri atau kanan untuk poin-poin penting dan tik untuk ayat sokongan.
    2. Bila dah habis baca, semak kembali yang bulat dan tik tadi, olah semula dalam buku nota dengan ayat sendiri.
    3. Buat deduksi sendiri berkenaan apa yang penulis mahu sampaikan.

2. Dari ucapan

  1. Belajar menulis dengan ringkas (trengkas atau buat formula sendiri).

~~~~~~~~~~~~

#Tahsin (penambahbaikan)

Teknik-teknik di atas tidak semuanya boleh dipakai untuk semua subjek. Kita sendiri perlu mengubahsuai mengikut kesesuaian. Ubah, perbetul, nilai semula. Ambil yang elok, buang yang tidak perlu.

Pesanan ramai professor saya, dan saya sampaikan kepada tuan: “Beri perhatian kepada kefahaman terhadap ilmu, bukan GPA.”

~~~~~~~~~~~~~~~

Andai bermanfaat, sila share🙂

AbuAufa Ashraf Latif, 2012.

2 thoughts on “Buku Kecil untuk Cemerlang di Universiti

  1. Pingback: Panduan Khas untuk Cemerlang di Universiti

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s