Iqlab revisited

Semalam saya ke kelas belajar mengaji Quran. Dah tua-tua baru nak belajar mengaji Quran. Eh, saya dah tua rupanya :p

Sebelum ini ada orang mesej bagaimana nak baca hukum iqlab, sebab ada orang cakap tutup mulut rapat, dan ada orang cakap renggangkan mulut.

Ustaz Dr Yousef mengajar hukum iqlab (nun mati atau tanwin bertemu ba). Katanya, iqlab dibaca dengan mulut tutup rapat. Dan berdasarkan ilmu beliau, beliau membezakan iqlab dengan ikhfa’ shafawi (mim mati bertemu ba) yang dibaca dengan buka sedikit mulut, untuk membezakan dengan idgham mithlain. Beliau memberikan contoh-contoh.

Kini ilmu iqlab saya datang dalam dua bentuk:

1. Rapatkan mulut – dari ayahanda dan datuk saya, dari Ustaz Tuan Mahmud Raja Ibrahim (satu-satunya ustaz sekolah rendah yang saya ingat nama penuh), guru mengaji saya kecil-kecil dulu yang lain, dan terbaru dari Dr Yousef.

2. Renggangkan mulut – dari guru-guru mengaji sewaktu sekolah menengah (antaranya bilal masjid As-Salaam – saya mula mengaji dengan beliau semasa sekolah menengah) dan di universiti dan ustaz mengaji sewaktu saya di tempat kerja lama.

Cara bacaan ini adalah khilaf/perselisihan di kalangan qurra’.

Kesimpulannya, cara bacaannya kena konsisten. Jika kita baca sejak awal tutup mulut rapat, maka sampai selesai bacaan dalam sesi tersebut kena baca mulut rapat. Begitulah sebaliknya.

Syukur

Syukur secara khususnya disebut oleh Allah di dalam Al-Quran.

“Dan andai kamu bersyukur, maka Aku akan tambahkan kepadamu”

Apa yang akan ditambah oleh Allah. Pastilah perkara yang baik-baik. Boleh jadi dapat dilihat mata kasar, seperti rezeki yang bertambah, kenalan yang baik. Boleh jadi tidak dilihat mata kasar seperti pertambahan damainya hati dan berkat. Boleh jadi juga tidak sempat dirasa didunia.

Tahun ini saya sudah 30 tahun.

Saya meletakkan azam untuk mula menulis kesyukuran saya.

Saya mulakan dengan 24 jam yang lalu:-

Saya bersyukur saya sampai ke tempat kerja dengan selamat.

Saya bersyukur beg-beg yang ditempah selamat sampai.

Saya bersyukur urusan kerja berjalan lancar.

Saya bersyukur dapat solat berjemaah.

Saya bersyukur selamat sampai ke rumah dengan selamat. (Hujan lebat ribut badai setelah saya tiba ke rumah).

Saya bersyukur dapat makan nasi goreng untuk berbuka.

Saya bersyukur anak gadis saya yang 3 tahun itu mandi hujan malam-malam hari tanpa pengetahuan saya dan isteri, tapi tak demam. (Kami ingin ke kelas tahfiz yang saya hadiri, dia diam-diam mandi hujan dan basah lencun. Saya berikan dia ‘highfive’ kerana keberaniannya. Kemudian, ada ‘ammu di masjid hadiahkan dia RM1. Kemudian makcik cafe hadiahkan dia chicken chop. Kemudian ada ‘ammu hadiahkan dia gula-gula. Allah Allah.)

Saya bersyukur dapat tasmi’ 2 muka Quran dengan guru tahfiz saya. (Saya baru mula belajar mnegaji semula + sedikit hafazan bermula beberapa minggu yang lalu. Dengan kiraan untuk ‘orang sibuk’ seperti saya, saya mengira-ngira bahawa saya memerlukan 10 tahun untuk menghafaz 30 juzuk. Saya kira, inilah hadiah terbaik dari saya untuk ayah bonda yang tidak dapat saya menyisi. Doakan saya istiqamah.)

Saya bersyukur dapat menjual lebih dari separuh dari beg yang ditempah.

Saya bersyukur dapat bangun pagi.

Saya bersyukur sempat berjemaah Subuh di masjid.

Mudahnya hidup bahagia dan gembira

Mudahnya hidup bahagia dan gembira

Manusia hidup dalam beberapa situasi.

#1 – Gembira

Kawan naik pangkat? Dapat anak?

Doakan dia kesejahteraan dan semoga Allah berikan keberkatan yang banyak. Kawan beli kereta atau motor yang kita tak mampu nak beli walau kerja 100 tahun? Doakan dia kesejahteraan dan semoga Allah berikan keberkatan yang banyak.

#2 – Kesakitan dan kesedihan

Kawan-kawan dirundung malang? Ibu meninggal? Anak hilang? Bersimpati dengannya, dan doakan dia kesejahteraan dan semoga Allah beri …. (sesuai dengan keadaan).

#3 – Baikhati dan pemurah

Kawan derma RM1juta (masuk paper macam Dr Rozmey yang menyumbang jutaan ke Gaza. Cemburu? Ya.)? Ucap tahniah, terima kasih, doakan kesejahteraan untuknya dan luas dan berkat rezekinya.

#4 – Camharem

Ada kawan ‘camharem’? Semua orang ada. Orang yang suka sakitkan hati kita. Tanpa sebab. Dan mereka tak sedar mereka sedang sakitkan orang di sekeliling mereka.(Dan kadang-kadang mereka minta nasihat, tapi) Mereka tak makan nasihat. Merekalah orang paling betul/hebat/terer dalam dunia. Kalau ada kawan macam ni, bila teringatkan mereka, doakan mereka hidayah dan kesejahteraan.

Hindari mereka. Jangan rapat. Jangan benci juga. Jangan gosip tentang orang ni kepada orang lain.

##

Orang yang mendoakan orang lain akan didoakan oleh malaikat.

Kadang-kadang, kita melalui semua fasa di atas. Tak jarang kita sendiri menjadi orang #4. Sentiasa muhasabah diri.

Sibuk atau menyibuk

Kunci kebahagiaan – sibukkan diri.

Ada satu pepatah arab yang bermaksud:
“Air yang tak bergerak akan berkeladak. Manusia yang tak bergerak akan rosak.”
Atau lebih kurang begitulah maksudnya.

Satu kajian di Amerika menunjukkan bahawa individu yang sibuk adalah lebih bahagia berbanding individu yang langsung tiada kerja.

Walaubagaimanapun, sibuk yang dimaksudkan di sini bukanlah sibuk yang membawa stress, tetapi kesibukan yang memberi output yang bermakna. Sibuk dengan anak-anak, sibukkan diri dengan menuntut ilmu dan sebagainya.

Kebosanan – hasil dari ketidaksibukan – menyebabkan kita hidup dalam keadaan tertekan kerana memikirkan/menyesal pada kemudian hari tentang perkara yang sepatutnya dilakukan tapi tidak dibuat.

Tukar rancangan dan rancangan baru

Chef utama Dapur Toyyibah – Alhamdulillah disahkan hamil.

Maka segala perancangan untuk Dapur Toyyibah bagi tahun 2013 terpaksa di rombak.

Begitulah, manusia mentadbir, Allah jua yang mengtakdir.

Begitulah juga, ‘rancangan’ sebenarnya hanyalah ‘teka-teka’ sahaja. Ada banyak faktor luar kawalan, yang boleh menjadikan rancangan kita terbantut atau terpaksa diubah. Ekonomi dunia, bencana alam, rancangan kerajaan dan sebagainya.

Maka pujilah Tuhan dan mohonlah ampun kepadaNya (An-Nasr).

Dan terus bergerak ke hadapan, dengan kerjaan teka-teka yang baru.

Semalam saya melancarkan ebook berbayar pertama saya. (Sebelum ini saya pernah menjual skrip fbml di WC). Sambutan yang alhamdulillah, sangat baik –  saya terima, dan saya suka.

Buku Kecil untuk Cemerlang di Universiti

Sudah terbit!

Buku kecil (booklet) untuk cemerlang di Universiti.

Segala isinya di bawah ini. Boleh Tak perlu download dalam bentuk pdf di sini:

~~~~~~~~~~~~~

Buku Kecil untuk Cemerlang di Universiti

Terus, direct dan straight to the point.

AbuAufa Ashraf Latif, 2012. Untuk manfaat bersama.

~~~~~~~~~~~~~~

Berikut adalah 4 prinsip utama yang diamalkan. Ada yang ini, in sha Allah cemerlang dalam pelajaran atau pekerjaan.

  1. Peka
  2. Kawal
  3. Rancang
  4. Tahsin

~~~~~~~~~~~~

Continue reading

harga setuju

Kadangkala pembeli dan penjual yang saling sudi dan bersetuju tentang harga sesuatu barang, masih belum menjadikan transaksi tersebut patuh syariah, lebih-lebih lagi pada harga yang melampau tinggi.

Esei ini adalah jawapan (reaksi) saya kepada tulisan yang menyebut bahawa tidak apa sesuatu barang murah dijual pada harga tinggi yang amat.

Untuk sesuatu barangan yang tiada harga pasaran, contohnya barangan antik atau perkhidmatan, harga yang boleh dikenakan adalah atas persetujuan bersama.

Walaubagaimanapun, persetujuan bersama harga tidak boleh digunapakai untuk barangan yang ada harga pasaran, contohnya pen kilometrico yang berharga RM1.20 tidak boleh dijual-beli pada harga RM1000 walaupun atas persetujuan bersama penjual dan pembeli.

Antara sebab ketidakbolehannya adalah untuk mengelakkan barangan murahan tadi dijadikan sebagai aset helah untuk transaksi inah (beli dan jual segera kepada orang yang sama pada harga berbeza – dibenarkan dalam pengamalan mazhab Shafi’e Malaysia).

Supaya lebih terang, saya bawakan contoh:

Ahmad ingin meminjam wang RM1000 dari Ashraf. Ashraf adalah seorang yang business minded, mahukan untung atas segala sesuatu. Ashraf ingin memberi pinjam kepada Ahmad, tetapi dia ingin membuat untung juga. Tapi dia tahu jika memberi pinjam dan mengenakan bunga, itu adalah terang-terangan riba.

Jadi Ashraf mencari helah.

Ashraf lalu menjual pen dalam koceknya kepada Ahmad pada harga RM1200 dengan bayaran tangguh, dibayar dalam masa 12 bulan. Akad dilakukan – transaksi sah.

Ahmad terus menjual semula pen tersebut kepada Ashraf pada harga RM1000 tunai. Ashraf bayar tunai kepada Ahmad. Akad dilakukan – transaksi sah.

Ahmad mendapat RM1000 tunai, tetapi perlu membayar hutang RM1200, dengan helah sebatang pen berharga RM1.20.

(Bagaimana pula kalau Ashraf memang berniat menjual pen – bukan memberi pinjam – dan berjaya meyakinkan Ahmad supaya membeli pen tersebut dengan alasan ia pernah digunakan oleh Aizat Sungai Lui?)