Iqlab revisited

Semalam saya ke kelas belajar mengaji Quran. Dah tua-tua baru nak belajar mengaji Quran. Eh, saya dah tua rupanya :p

Sebelum ini ada orang mesej bagaimana nak baca hukum iqlab, sebab ada orang cakap tutup mulut rapat, dan ada orang cakap renggangkan mulut.

Ustaz Dr Yousef mengajar hukum iqlab (nun mati atau tanwin bertemu ba). Katanya, iqlab dibaca dengan mulut tutup rapat. Dan berdasarkan ilmu beliau, beliau membezakan iqlab dengan ikhfa’ shafawi (mim mati bertemu ba) yang dibaca dengan buka sedikit mulut, untuk membezakan dengan idgham mithlain. Beliau memberikan contoh-contoh.

Kini ilmu iqlab saya datang dalam dua bentuk:

1. Rapatkan mulut – dari ayahanda dan datuk saya, dari Ustaz Tuan Mahmud Raja Ibrahim (satu-satunya ustaz sekolah rendah yang saya ingat nama penuh), guru mengaji saya kecil-kecil dulu yang lain, dan terbaru dari Dr Yousef.

2. Renggangkan mulut – dari guru-guru mengaji sewaktu sekolah menengah (antaranya bilal masjid As-Salaam – saya mula mengaji dengan beliau semasa sekolah menengah) dan di universiti dan ustaz mengaji sewaktu saya di tempat kerja lama.

Cara bacaan ini adalah khilaf/perselisihan di kalangan qurra’.

Kesimpulannya, cara bacaannya kena konsisten. Jika kita baca sejak awal tutup mulut rapat, maka sampai selesai bacaan dalam sesi tersebut kena baca mulut rapat. Begitulah sebaliknya.

Advertisements

Syukur

Syukur secara khususnya disebut oleh Allah di dalam Al-Quran.

“Dan andai kamu bersyukur, maka Aku akan tambahkan kepadamu”

Apa yang akan ditambah oleh Allah. Pastilah perkara yang baik-baik. Boleh jadi dapat dilihat mata kasar, seperti rezeki yang bertambah, kenalan yang baik. Boleh jadi tidak dilihat mata kasar seperti pertambahan damainya hati dan berkat. Boleh jadi juga tidak sempat dirasa didunia.

Tahun ini saya sudah 30 tahun.

Saya meletakkan azam untuk mula menulis kesyukuran saya.

Saya mulakan dengan 24 jam yang lalu:-

Saya bersyukur saya sampai ke tempat kerja dengan selamat.

Saya bersyukur beg-beg yang ditempah selamat sampai.

Saya bersyukur urusan kerja berjalan lancar.

Saya bersyukur dapat solat berjemaah.

Saya bersyukur selamat sampai ke rumah dengan selamat. (Hujan lebat ribut badai setelah saya tiba ke rumah).

Saya bersyukur dapat makan nasi goreng untuk berbuka.

Saya bersyukur anak gadis saya yang 3 tahun itu mandi hujan malam-malam hari tanpa pengetahuan saya dan isteri, tapi tak demam. (Kami ingin ke kelas tahfiz yang saya hadiri, dia diam-diam mandi hujan dan basah lencun. Saya berikan dia ‘highfive’ kerana keberaniannya. Kemudian, ada ‘ammu di masjid hadiahkan dia RM1. Kemudian makcik cafe hadiahkan dia chicken chop. Kemudian ada ‘ammu hadiahkan dia gula-gula. Allah Allah.)

Saya bersyukur dapat tasmi’ 2 muka Quran dengan guru tahfiz saya. (Saya baru mula belajar mnegaji semula + sedikit hafazan bermula beberapa minggu yang lalu. Dengan kiraan untuk ‘orang sibuk’ seperti saya, saya mengira-ngira bahawa saya memerlukan 10 tahun untuk menghafaz 30 juzuk. Saya kira, inilah hadiah terbaik dari saya untuk ayah bonda yang tidak dapat saya menyisi. Doakan saya istiqamah.)

Saya bersyukur dapat menjual lebih dari separuh dari beg yang ditempah.

Saya bersyukur dapat bangun pagi.

Saya bersyukur sempat berjemaah Subuh di masjid.

Mudahnya hidup bahagia dan gembira

Mudahnya hidup bahagia dan gembira

Manusia hidup dalam beberapa situasi.

#1 – Gembira

Kawan naik pangkat? Dapat anak?

Doakan dia kesejahteraan dan semoga Allah berikan keberkatan yang banyak. Kawan beli kereta atau motor yang kita tak mampu nak beli walau kerja 100 tahun? Doakan dia kesejahteraan dan semoga Allah berikan keberkatan yang banyak.

#2 – Kesakitan dan kesedihan

Kawan-kawan dirundung malang? Ibu meninggal? Anak hilang? Bersimpati dengannya, dan doakan dia kesejahteraan dan semoga Allah beri …. (sesuai dengan keadaan).

#3 – Baikhati dan pemurah

Kawan derma RM1juta (masuk paper macam Dr Rozmey yang menyumbang jutaan ke Gaza. Cemburu? Ya.)? Ucap tahniah, terima kasih, doakan kesejahteraan untuknya dan luas dan berkat rezekinya.

#4 – Camharem

Ada kawan ‘camharem’? Semua orang ada. Orang yang suka sakitkan hati kita. Tanpa sebab. Dan mereka tak sedar mereka sedang sakitkan orang di sekeliling mereka.(Dan kadang-kadang mereka minta nasihat, tapi) Mereka tak makan nasihat. Merekalah orang paling betul/hebat/terer dalam dunia. Kalau ada kawan macam ni, bila teringatkan mereka, doakan mereka hidayah dan kesejahteraan.

Hindari mereka. Jangan rapat. Jangan benci juga. Jangan gosip tentang orang ni kepada orang lain.

##

Orang yang mendoakan orang lain akan didoakan oleh malaikat.

Kadang-kadang, kita melalui semua fasa di atas. Tak jarang kita sendiri menjadi orang #4. Sentiasa muhasabah diri.

Buku Kecil untuk Cemerlang di Universiti

Sudah terbit!

Buku kecil (booklet) untuk cemerlang di Universiti.

Segala isinya di bawah ini. Boleh Tak perlu download dalam bentuk pdf di sini:

~~~~~~~~~~~~~

Buku Kecil untuk Cemerlang di Universiti

Terus, direct dan straight to the point.

AbuAufa Ashraf Latif, 2012. Untuk manfaat bersama.

~~~~~~~~~~~~~~

Berikut adalah 4 prinsip utama yang diamalkan. Ada yang ini, in sha Allah cemerlang dalam pelajaran atau pekerjaan.

  1. Peka
  2. Kawal
  3. Rancang
  4. Tahsin

~~~~~~~~~~~~

Continue reading

Berprogram

Ingin berprogram?

Kenapa persatuan kerap melakukan kesilapan yang sama? Kerana kita tidak belajar dari kesilapan yang lalu. Kenapa? Kerana jawatankuasanya berbeza.

Solusi:

Setiap kali selepas program ada post-mortem, bukan?
Rekodkan bertulis – kekurangan, kekangan dan sebagainya. Failkan.

Ingin buat program?
Baca rekod post-mortem terdahulu.

Kemudian, buat program mengikut selera anda. Jangan ikut sangat orang terdahulu. Jom berkreatif.

Oh ya. Objektif program duduknya di nombor satu.

Beli Kereta A dengan Akad Kereta B

Mu’ah bertanya:
“Aku nk tanya pasal rukun jual beli ni(buyer,seller,subject matter and akad) berkenaan dgn loan 100% kereta..semua org tahu bank hanya provide 90% loan dr harga sesebuah kereta (hanya dealer kereta yg ckp ade 100% loan & 0 downpayment)..contoh kereta proton saga BLM (Basic Line),harga OTR RM44,000 maka bank hanya akan bg loan sebanyak RM40,000( harga anngaran dengan andaian pembeli bayar downpayment 10% sebanyak RM4000).

“Tapi kebanyakan dealer kereta menggunakan taktik untuk membolehkan pembeli mendapat 100% loan kereta dengan cara meng-markup harga kereta tersebut terhadap bank (walaupun kereta yang dibeli oleh pembeli sebenarnya Saga (basic line),tapi pembeli diarah untuk bgtau bank kereta yg dibeli adalah model highline,yang mane jumlah 90% loan kereta hi-line tersebut adalah bersamaan dengan harga 100% basic line (dengan mengandaikan jumlah 90% loan kereta BLM model highline =RM44,000).

“So pegguna tidak perlu byr 10% downpayment & secara automatik dpt loan 100% dengan cara menipu bank.Menurut dealer kereta yang aku temuramah,benda ini adalah sgt common and bank pun alert pasal benda ni.Cuma bank yg x strict,dorang akan buat tatau manekala bank yg strict,biler dorang tau pembeli beli kereta model lain yg lebih murah,tp apply loan kereta model yg lain yg lebih mahal sedikit,dorang akan push customer supaya membayar 10% harga downpayment tersebut setelah kantoi…

“So persoalan aku adalah…adakah sah jual beli mcm tu? Nampak mcm xsah,sbb menyalahi akad n subject matter tu samar2.Ape pendapat mung? Sila jawab selaku org INCEIF di blog anda atau emel kat aku ..haha…sori jd spammer kat sini.”

Jawapan saya:

Jual beli tersebut adalah jelas tidak sah dan haram kerana:

1- Menggunakan loan (pinjaman) yang berunsurkan riba.

2- Wujud penipuan yang jelas tidak ternafikan. Subject matter yang diakadkan bukanlah subject matter yang sebenar.

Solusi:

1- Jangan bersekongkol dengan dealer untuk menipu diri sendiri. Hilangnya keberkatan dalam hidup adalah dengan memakan yang haram, memakai yang haram, memandu yang haram. Lalu mengeluh kenapa doa tidak kunjung makbul.

2- Beralihlah ke bank-bank Islami yang betul-betul menawarkan 100% pembiayaan tanpa duit muka. Contohnya ialah skim Gradhitz bank Islam yang menggunakan kontrak murabahah dan bai’ muajjal.

3- Berbincanglah kaedahnya dengan bank pembiaya sekiranya bank tersebut tidak dapat memberi pembiayaan 100%, demi mengelakkan riba yang seumpama mengajak untuk berperang dengan Allah dan Rasul-Nya.

Wallahu a’lam.

Selamat Hari Raya

Dalam khutbah raya yang lalu, saya memberitahu jemaah bahawa hari raya adalah hari kemenangan, hari kejayaan dan hari kegembiraan. Kegembiraan yang dijanjikan tuhan untuk semua yang berpuasa.

Namun, kegembiraan itu tidak dikongsi bersama, lebih-lebih lagi oleh mereka yang beranak kecik, yang sekejap-sekejap anak kecil mereka terkejut dari tidur dan menangis dengan mercun-mercun yang sengaja dilontar  ke dalam pagar rumah oleh mereka yang gembira beraya setelah dimarahi dan diberitahu supaya pergi main jauh-jauh.

Saya berimajinasi, budak-budak yang bermain mercun itu saya tangkap, kemudian kumpulkan mereka dalam satu bilik, dan saya akan pasang mercun bola dalam bilik tersebut setiap 5 minit untuk 24 jam (Saya memerlukan 288 biji mercun bola).

wahahahahahaha

Taqabbalallahu minni waminkum. Happy belated raya.