Mudahnya hidup bahagia dan gembira

Mudahnya hidup bahagia dan gembira

Manusia hidup dalam beberapa situasi.

#1 – Gembira

Kawan naik pangkat? Dapat anak?

Doakan dia kesejahteraan dan semoga Allah berikan keberkatan yang banyak. Kawan beli kereta atau motor yang kita tak mampu nak beli walau kerja 100 tahun? Doakan dia kesejahteraan dan semoga Allah berikan keberkatan yang banyak.

#2 – Kesakitan dan kesedihan

Kawan-kawan dirundung malang? Ibu meninggal? Anak hilang? Bersimpati dengannya, dan doakan dia kesejahteraan dan semoga Allah beri …. (sesuai dengan keadaan).

#3 – Baikhati dan pemurah

Kawan derma RM1juta (masuk paper macam Dr Rozmey yang menyumbang jutaan ke Gaza. Cemburu? Ya.)? Ucap tahniah, terima kasih, doakan kesejahteraan untuknya dan luas dan berkat rezekinya.

#4 – Camharem

Ada kawan ‘camharem’? Semua orang ada. Orang yang suka sakitkan hati kita. Tanpa sebab. Dan mereka tak sedar mereka sedang sakitkan orang di sekeliling mereka.(Dan kadang-kadang mereka minta nasihat, tapi) Mereka tak makan nasihat. Merekalah orang paling betul/hebat/terer dalam dunia. Kalau ada kawan macam ni, bila teringatkan mereka, doakan mereka hidayah dan kesejahteraan.

Hindari mereka. Jangan rapat. Jangan benci juga. Jangan gosip tentang orang ni kepada orang lain.

##

Orang yang mendoakan orang lain akan didoakan oleh malaikat.

Kadang-kadang, kita melalui semua fasa di atas. Tak jarang kita sendiri menjadi orang #4. Sentiasa muhasabah diri.

Berjuang

Ada seorang lelaki gagah berani yang berjuang di medan perang pada zaman Rasulullah. Lelaki gagah berani ini di pihak Islam. Lelaki gagah berani ini tidak gentar menghadapi musuh, menyebabkan barisan musuh kacau bilau. Lelaki gagah berani ini mendatangkan gerun di hati musuh-musuh.

Lelaki gagah berani ini meninggal di medan itu.

Para sahabat bercerita tentang lelaki gagah berani ini kepada Rasulullah.

Rasulullah bersabda, bahawa lelaki itu ke neraka.

:Twist:

Ada seorang pendakwah gagah berani pada zaman ini. Pendakwah gagah berani ini giat berdakwah ke kejiranannya, ke hutan belantara mengajar Islam. Pendakwah gagah berani ini tidak gentar menyertai demo, mengadapi kanister gas pemedih mata dan pancutan air kimia.

Pendakwah gagah berani ini bercita-cita ke syurga, tapi…

Ya Allah, jauhkanlah hati kami dari nifaq, haramkan kami haba neraka.

Islamic Marketing Series – Direct Response Marketing

Dratf 1:

This is a part of Islamic Marketing Series. Attention to university students, please provide credit if you refer to this article. Other readers are welcomed to share 🙂

————————–

Introduction:

Direct response marketing is a type of marketing that need the consumer to respond to the ad immediately. For example, we can see ads in papers or magazines that ask for the reader to text to a certain number or to email so a certain address in order to get the product.

Direct response marketing ad calls for an immediate action, as oppose to other types of advertisement which are advertised to create awareness or to promote certain brand.

In the Quran and the tradition of the Prophet (the peace and blessing be upon him), we can see this kind of -if we can put it this way – direct response marketing in action.

There are many narrations that tell us ‘If you want heaven, do this and that’ and from the history, we can surely see the companions are competing among themselves to be among the ones who are granted heaven.

——————

Direct response marketing adalah satu teknik pemasaran yang mana pengiklan meminta supaya iklannya dijawab dengan segera untuk mendapatkan tawaran yang diberikan, seperti dengan menghantar sms ke nombor tertentu atau menghantar emel ke alamat tertentu.

Kita dapat melihat dalam Quran dan sunnah rasulillah (selawat dan salam ke atas baginda), konsep ini digunapakai dengan agak meluas. Contohnya, kita bertemu banyak riwayat yang menyebut ‘Sesiapa yang mahukan syurga, maka buatlah ini dan ini’, dan dari sirah, kita lihat para sahabat yang mulia berlumba-lumba melakukan amal untuk mendapatkan tawaran ini.

—–

tbc

Bawang Merah

Bawang Merah bermimpi, ibunya yang sudah meninggal hidup semula sebagai seekor ikan kaloi di dalam telaga. Dia bingkas dari tidur dan meludah ke kiri tiga kali. Kemudian dia ke telaga, menimba air untuk berwuduk.

Alangkah terkejutnya dia, di dalam timba yang dikarai, ada seekot ikan kaloi, sama seperti dalam mimpinya. Dia mendongak ke langit dan mengucap syukur kepada Tuhan.

Hari itu, Bawang Merah memasak ikan kaloi tiga rasa untuk adik-adik tirinya yang dia kasihi.

p/s: Ayah saya tidak suka cerita-cerita Melayu yang memaparkan kejahatan keluarga tiri, kerana keluarga tiri ayah saya baik-baik belaka.

Berprogram

Ingin berprogram?

Kenapa persatuan kerap melakukan kesilapan yang sama? Kerana kita tidak belajar dari kesilapan yang lalu. Kenapa? Kerana jawatankuasanya berbeza.

Solusi:

Setiap kali selepas program ada post-mortem, bukan?
Rekodkan bertulis – kekurangan, kekangan dan sebagainya. Failkan.

Ingin buat program?
Baca rekod post-mortem terdahulu.

Kemudian, buat program mengikut selera anda. Jangan ikut sangat orang terdahulu. Jom berkreatif.

Oh ya. Objektif program duduknya di nombor satu.

Belajar Kewangan Islam

“Itu bukan ambil Islam separuh-separuh,” kata Dr Abdul Basit. Kami sedang bersembang bertukar-tukar fikiran sementara menunggu pesanan makan malam siap. Sambungnya, “Itulah namanya pengkhususan. Kepada yang belajar kewangan Islam untuk laba dunia, dapatlah dia laba dunianya.”

Beliau mengingatkan saya kepada hadis al-muhaajiru man hajara. Bukan hanya  isu gadis bertube memberi dalil haramnya riba, tetapi apa-apa bidang sekalipun.

Dr Abdul Basit merupakan salah seorang dari hanya tiga rakyat Malaysia yang mendapat PhD dari Universiti Madinah. Sekarang ini, beliau ialah pengetua di Pondok Sungai Durian. Ayahanda beliau, Tuan Guru Haji Abdul Rahman merupakan pengasas pondok tersebut, bahkan pondok itu lebih terkenal dengan nama PHD, Pondok Haji Deraman.

Tonton rancangan Tanyalah Ustaz di TV9, lihat gambar beliau di blog beliau, semua menyangka beliau seorang yang sangat serius. Pemandu kereta yang kami naiki tidak sanggup memandu lagi kerana bimbang kemalangan, lantaran terlalu asyik ketawa dengan apa yang diperkatakan Dr Basit.

Pesan beliau, anak-anak muda yang berilmu perlulah sentiasa turun ke medan. Orang tua (yang muda lagi sebenarnya) sepertinya sudah tercabut ekor ke sana-sini.

Semoga beliau terus berada dalam lindungan Allah.

Buffet Berbuka

Hidangan buffet, lebih-lebih buffet ramadhan, ialah tempat makan untuk golongan pekerja kelas pertengahan, atau orang kaya yang tidak berbisnes. Mereka makan gaji. Orang bisnes yang membayar gaji (macam saya, walau sekarang ini berhenti seketika dari bisnes) akan merasa lemas kalau ke majlis-majlis seperti ini, sama seperti mereka lemas di dalam kesesakan lalu-lintas. Hidangan buffet, lebih-lebih buffet ramadan, ialah tempat makan untuk golongan pekerja kelas pertengahan, atau orang kaya yang tidak berbisnes. Mereka makan gaji. Orang bisnes yang membayar gaji (macam saya, walau sekarang ini berhenti seketika dari bisnes) akan merasa lemas kalau ke majlis-majlis seperti ini, sama seperti mereka lemas di dalam kesesakan lalu-lintas.

Cuba tuan-tuan lihat di majlis-majlis buffet. Mereka berebut-rebut makanan, memenuhkan pinggan dan meja dengan pelbagai juadah, sekalipun perut mereka hanya boleh memuatkan satu persepuluh dari apa yang mereka ambil. Langsung tidak ingat orang belakang. Kata mereka, “Kami bayar.”

...

gambar culik dari agensi yang berkaitan

Orang bisnes yang berjaya tidak suka berebut-rebut. Mereka lebih suka berkongsi. Orang bisnes berbuka di tempat-tempat yang tenang, tanpa perlu bersesak-sesak. Di masjid, misalnya. Atau mereka sendiri yang menganjurkan majlis-majlis makan-makan (mereka juga menganjurkan majlis buffet, tetapi mereka hanya ada di majlis tersebut sebentar sahaja, sekadar tunjuk muka, tidak ber[apadah istilahnya?] sesudah makan.).