Iqlab revisited

Semalam saya ke kelas belajar mengaji Quran. Dah tua-tua baru nak belajar mengaji Quran. Eh, saya dah tua rupanya :p

Sebelum ini ada orang mesej bagaimana nak baca hukum iqlab, sebab ada orang cakap tutup mulut rapat, dan ada orang cakap renggangkan mulut.

Ustaz Dr Yousef mengajar hukum iqlab (nun mati atau tanwin bertemu ba). Katanya, iqlab dibaca dengan mulut tutup rapat. Dan berdasarkan ilmu beliau, beliau membezakan iqlab dengan ikhfa’ shafawi (mim mati bertemu ba) yang dibaca dengan buka sedikit mulut, untuk membezakan dengan idgham mithlain. Beliau memberikan contoh-contoh.

Kini ilmu iqlab saya datang dalam dua bentuk:

1. Rapatkan mulut – dari ayahanda dan datuk saya, dari Ustaz Tuan Mahmud Raja Ibrahim (satu-satunya ustaz sekolah rendah yang saya ingat nama penuh), guru mengaji saya kecil-kecil dulu yang lain, dan terbaru dari Dr Yousef.

2. Renggangkan mulut – dari guru-guru mengaji sewaktu sekolah menengah (antaranya bilal masjid As-Salaam – saya mula mengaji dengan beliau semasa sekolah menengah) dan di universiti dan ustaz mengaji sewaktu saya di tempat kerja lama.

Cara bacaan ini adalah khilaf/perselisihan di kalangan qurra’.

Kesimpulannya, cara bacaannya kena konsisten. Jika kita baca sejak awal tutup mulut rapat, maka sampai selesai bacaan dalam sesi tersebut kena baca mulut rapat. Begitulah sebaliknya.