Merantau ke Bachok

Snippets. Ringkasan sahaja. Biar gambar lebih bayak berbicara. Saya tidak dapat mengemaskini dari rumah, kerana broadband sudah diketahui ramai menjadi berokben. ~~~

Pada pagi suatu hari, saya mendapat pesanan Yahoo dari Faiz, kursus keris untuk pembantu gurulatih akan diadakan. Pada awalnya, saya langsung tidak merancang untuk pulang, kerana tiada ongkos di poket. Tetapi, dimangkin oleh kerinduan kepada tanah tumpah darah dan ayah bonda saya, saya pulang juga.

Pagi Jumaat, sebelum bertolak

Pagi Jumaat, sebelum bertolak

Perjalanan yang sepatutnya tujuh ke lapan jam menjadi 14 jam.

Setelah turun dari bukit ini, bas tidak dapat bergerak lagi. Nampak lori kepala kuning sedang mendaki?

Setelah turun dari bukit ini, bas tidak dapat bergerak lagi. Nampak lori kepala kuning sedang mendaki?

Lalu, kami mengambil keputusan berkelah selama lima jam. LIMA JAM!

Lalu, kami mengambil keputusan berkelah selama lima jam. LIMA JAM!

Saya bersolat jamak di tepi jalanraya. Saya terasa sangat lemah kerana tidak mampu untuk mengajak yang lain untuk turut solat bersama-sama. Yang bersolat hanyalah saya seorang seorang-seorang. Mungkin yang lain bersolat di atas bas, maka saya tidak perasan. Doakan saya agar menjadi lebih kuat agar dapat mengajak orang lain solat bersama di waktu-waktu genting sedemikian.

Walaupun muka masing-masing dah macam jemput-jemput, hidup mesti ceria. hee

Walaupun muka masing-masing dah macam jemput-jemput, hidup mesti ceria. hee

Setelah sampai dan berehat seadanya, dengan demam yang makin terasa, saya tidur sepanjang hari Sabtu hahaha.

Hanyalah pada keesokan harinya iaitu Ahad, saya mula berderat. Saya ke jabatan agama untuk urusan nikah.

Kata cik kerani, “Borang tidak ada di sini. Segala urusan nikah kahwin mesti melalui imam kariah atau mukim.” Aduh, lecehnya. Manalah saya kenal imam mukim saya. Sudah lama saya merantau.

Setelah keluar dari pekarangan balai islam, saya mengeteks Faiz. Lantas dia mengajak saya ke rumah rumah guru silat saya di Tawang, dan seterusnya ke Bukit Marak untuk persediaan program esok.

Apa aksi seterusnya?

Apa aksi seterusnya?

Mengendeng dengan gurulatih utama

Mengendeng dengan gurulatih utama yang didatangkan khas dari Batu Kurau. Memerhati di kanan ialah guru silat saya yang seorang lagi, yang mana saya membesar di hadap matanya. Beliau tiada blog.

Tidak banyak gambar semasa program. Saya ponteng untuk ke klinik kerana tidak tertahan lagi ngilu dan bisa demam akibat bisul.

Keris berdiri.

Keris berdiri.

Falsafahnya, untuk mendirikan keris, perlu:
1. Orang yang mendirikan keris perlu rasi dengan keris tersebut.
2. Tukang keris (pandai keris) yang mahir untuk membuat keris yang seimbang.

Jadi, kalau sebilah keris itu dapat berdiri, ada dua kesimpulan:
Pandai keris itu handal, atau orang yang mendirikan keris itu yang handal.

Dalam kes ini, sudah tentulah saya pandai keris yang handal. Haha

Selesai program, saya bergegas pulang, untuk kembali semula ke Kuala Lumpur.

Ah, banyaknya email perlu dijawab…