Manual kerja dakwah 2

Ikhlas, tapi… ii

Dalam setiap program, pastinya ketua akan dilantik, dan diberikan jawatan programme manager (PM) dan pembantunya assistant PM (APM). Mereka inilah yang biasanya turun-naik tangga berjumpa dengan segala orang besar untuk menyelesaikan segala masalah birokrasi dalam berprogram. Mereka inilah yang biasanya dibambu, diperli dan segala macam di oleh segala orang besar. Mereka inilah yang memendam rasa tidak meluahkan kepahitan berurusan dengan segala orang besar, semata untuk menjaga hati anak buah agar tidak down. Lantaran senyapnya mereka, merekalah yang selalu disalah anggap hanya pandai buat kerja suruh-suruh semata. Hanya goyang kaki.

Allah berfirman dalam surah AnNisa’, ayat 59 yang maksudnya:

Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur’an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.

Jadi adalah amat malang kepada mereka yang ingin melakukan kerja dakwah, tapi tidak ingin mengikut arahan ketua -sudah tentu selagimana tidak bertentangan dengan tujuan program, iaitu melakukan dakwah.

Tidak dinafikan, ketua juga kadangkala ada salah silapnya. Tegurlah ketua dengan telus. Datangkan hujah yang tidak emosi. Jangan cakap-cakap belakang. Jangan memberontak tanpa hujah.

Kalau tidak ingin mengikut arahan ketua dalam berprogram, apakata kalau kita buat rampasan kuasa? Biar kita jadi ketua. Mahu?

Maka, kepada para pendakwah, tidak kira sudah berapa lama kita dalam arena dakwah, sudah berapa banyak program kita sertai, janganlah ikut resmi lalang. Marilah kita sama-sama intai dalam hati, muhasabah diri. Dimana ikhlasnya kita?

p/s: Mana mungkin kita bisa mengukur keikhlasan seseorang, bukan?

8 thoughts on “Manual kerja dakwah 2

  1. ala.. rindunya nak wat program kat UIA..
    da abes satu sem ni tak join program.
    dakwah.. boleh tak aku consider dakwah = sampaikan = sharing ?

  2. dharajuku: bagaimana ingin difahami kalau tak diluahkan? sekadar pendam sendiri? tidak telus? bukan? bahkan pendapat rasulullah pernah disanggah sahabat. 🙂

    myadlan: kau abiskanla praktikal cepat-cepat. bulan 12 ni ke phnom penh pula. mahu turut serta?

    cik zza: sambung master ke jadi surirumah sepenuh masa di nebraska? 🙂

  3. skg ni suriorumah yg comey..thn depan amik diploma education..nk smbg master mahlla wehhhh..xmampu..lgpon yuran utk student asing 3 kali mahal berbanding american..so gitulah..hihi

  4. kadang2 susah jugak nak tau tuh

    sebab ikhlas ni macam semut hitam atas batu hitam pd malam kelam 😀

    masing2 perlu faham
    seek first to understand, then to be understood (:

Leave a reply to ashraflatif Cancel reply