Ustazah yang tertewas

Dari tingkap bilik, mak andam melangkah perlahan ke birai katil. Mak andam duduk di dekat ustazah yang menghadap cermin besar. Mak andam mengeluh. Diam. Akhirnya, mak andam berkata, “Alah, ustazah. Sikit sahaja, buat penambah seri di muka. Apa salahnya?” memecah kebuntuan.

Ustazah diam. Mak andam menambah, “Betul ustazah, nanti muka ustazah akan jadi lebih berseri. Apakah ustazah tidak mahu hari yang penting ini jadi kenangan terindah?”

Ustazah diam lagi. Kali ini lebih lama. Mak andam tersenyum, kemudian berkata, “Ustazah tivi yang masyhur itu pun buat begini, ustazah. Tengoklah, sekarang ini bukan main berseri-seri wajahnya.”

Mak andam menyentuh wajah ustazah. Ustazah menutup mata, tidak membantah. Mak andam memakai sarung tangan kalis apinya. Dari beg dandanannya, dia mengeluarkan sebatang suar dan menyalakannya. Ustazah masih lagi menutup mata. Mak andam mendekatkan suar ke muka ustazah. Kata ustazah, “Panas.”

Mak andam menjawab, “Sekejap sahaja, ustazah. Sekejap sahaja.” Tiba-tiba Mak andam menekan hujung suar ke kening ustazah.

Ustazah terenjat. Dia menjerit, “Pedih! Mak andam, hentikan! Hentikan!”

Mak andam diam sahaja mengunci mulut. Tangan kirinya memaut kepala ustazah agar tidak bergerak. Ustazah sudah terlolong-lolong menjerit, “Hentikan! Hentikan!” Mak andam terus melorek-lorek kening ustazah dengan suar.

Ustazah terus menjerit. Tiba-tiba bahunya ditepuk-tepuk. Dia membuka matanya.

Adiknya tersengih di sisi katil. Adiknya bertanya, “Mimpi apa, kak? Bangun, solat subuh.”

Ustazah terpisat-pisat bangun, melangkah lambat-lambat keluar dari bilik ke bilik air.

Suar di bawah katil masih belum kunjung padam.

[end]

1. Entri ini ditujukan kepada rakan-rakan yang telah/akan bernikah pada masa terdekat ini dengan moral: “Dilaknat wanita yang mencabut bulu kening dan yang meminta supaya dicabut bulu kening” – mafhum dari hadis yang soheh.

2. Bekas ustazah tivi itu kini seorang senator.

3. Akhil Hayy bukanlah seorang ustaz.

49 thoughts on “Ustazah yang tertewas

  1. hurmm.aku interested dgn post ko ni..n last sentence ko..’akhil hayy bukanlah seorg ustaz’..boleh jelaskn lebih lanjut lg??

  2. Mane pulak. Akhil hayy kan selalu ber’ana enta’, mestila kena panggil ustaz. ekeke

    Start posting dengan nada sederhana dan beranalogi

    Ending posting dengan nada keras dan stret to da poin

  3. Define ‘Ustaz’? Aku menyanggah engkau dan Ariff…hahaha..Akhil Hayy pernah menerima pendidikan agama secara pesantren di Indonesia, dia tetap aku gelar ustaz berbanding seorang kapten kapal terbang mungkin…hahaha

  4. entri ko ni lawak gak..aku syok je bc mula2..igtkan usatazah tu tewas di mlm pertama ke ape..last2, akil hayy bkn ustaz. haha…tp mmg pun..sdr mau pk la:)

  5. Husaini, ustaz ialah seorang yang kalau kita tengok dia, kita nampak keizzahan dia sebagai seorang yang warak dan tawaduk. Kalau dia dah mula mewarna rambutnya macam ariff.ariffin, maka dia bukanlah ustaz.

  6. 1. tak pernah pula memerhatikan rambut akhil hayy secara teliti.. mungkin dia mewarnakan rambut untuk menutup uban yang telah penuh di kepala. bukankah itu sunnah?

    2. berdasarkan definisi ‘ustaz’ di atas, bagaimana pula dengan ‘ustazah’ tivi yang tersebut? (berdasarkan artikel anda, aku assume yang dia ada mencabut bulu kening?)

    p.s: tidak juga saya pernah melihat rambut ariff.ariffin untuk dijadikan perbandingan dengan rambut akhil hayy

  7. Sesiapo yang cubo menggugat kelobaian den, akan den lawan sampai naik mahkamah, macam Nizar naik mahkamah sebab tak redha sudah tidak jadi MB. Hahahha

  8. x-ceptionalist: kalau berlayer2, bukan untuk tutup uban lagi. lagipun yang sunnah pakai inai, macam arif.arifin, bukan dye.

    masri: busuk ah kau. lobai. ceh

  9. aku memang bukan ustaz. tak kebuluran dengan gelaran ustaz walaupun tidak mewarna rambut. haha.

    ah. usen. definisi ustaz kau tu perlu dikaji. pesantren indonesia? haha.

    cceghah, terima kasih sebab bagitahu pasal rambut aku dekat semua orang? hahahaha. **aku debik kau nanti, he he.

    masri, busuk ah kau. kau pegi tukar nama bolog kau tu.

  10. ppl r simply slightly distracted without noticing they have been seducing by those evils..

    macam dalam http://www.youtube.com/watch?v=i5kNNn-hciQ

    Saya tak tahu panjang tentang Ustaz Akil Hayy, tapi seorang mukmin pasti akan menyiasat berita yang dikhabarkan kepadanya sebelum membuat apa-apa tindakan termasuk mengulas tentangnya. Cadangan saya, moleklah kiranya jangan cepat buat pre assummption n meletakkan label sesuka hati, apatah lagi jika tanpa asas n bukti.

    Apapun, post di atas agak menyengat.

    Selamat~

    Wallahua3lam

  11. Aku setuju dengan point no. 1 exceptionalist, sekalipun aku pernah hampir padanya di PBAKL baru-baru ini, namun layer yang dimaksudkan tidak kuperhatikan dengan teliti. Dia guna dye? Kalau dia pernah mengaku, aku setuju dengan korang. Kalau tak, aku hold

    Areef dan Cceghah, that’s why I asked the definition of Ustaz first, because I’m seeing from people point of view, not from your point aka salafic point of view.

    Daripada definisi masyarakat, ramai yang diUstazkan, kalau kamu rajin menapis, aku tidak upaya menghalang kerana kelak ramai yang akan dideUstazkan.

    Ustaz Akhil Hayy 🙂

  12. Usen, selain Ustaz Akhil Hayy dan Ustaz Asri Rabbani, ada lagi Ustaz Arif Cakra Alam (sekadar memetik, bukan mengiktiraf). Memetik kata2 Dr. Wahyudi, “Engeeniers (or human in general) are good in making classification”. Mungkin sudah tiba masanya untuk dibuat kajian klasifikasi ustaz dari sudut masyarakat Melayu Malaysia.

  13. ketawa kerana ada orang balik dari indonesia. menuntut di pesantren sana sehingga beranak pinak. orang terlupa hendak address sebagai ustaz, dalam kata lain menghargai ilmunya. begitu juga orang yang belajar di azhar, jordan, bla. bla. bla.

    tapi ada orang, bagi ceramah politik, ada ayat quran 2-3 baris, menyanyi lagu royalti, pakai serban, masuk tivi, berlakon drama, orang panggil dia ustaz.**apapun, ini cerita dongeng..

    akhil hayy, masuk paper sambil berkata, “saya buat rebonding kerana mahu mengikut sunnah nabi.” aku sangat-sangat terkesan.

    lagipun, buat rebonding itu masih satu khilaf samada haram atau tidak. walaupun ustazah tivi kata boleh.

    x-ceptionalist, tepat sekali. sepatutnya, mengikut definisi masyarakat, ramai lagi yang patut tidak diustazkan.

    mungkin nilai ustaz pada masyarakat mutkahir ini sudah makin menurun.

  14. Ma, tentang pesantren indonesia itu, biarlah arif.arifin yang menjawab kenapa dia ketawa. :p

    Dah habis baca artikel2 sidi haidar dan muhaimin mustapha. bermanfaat insyaAllah. terima kasih.

    x-ceptionalist, mari mengklasifikasi ustaz 🙂

    husaini, mari mengdeustazkan ustaz haha

  15. ya. sudah semak. aku silap.

    aku tarik balik petikan, “saya buat rebonding kerana mahu mengikut sunnah nabi.”

    tapi komen ke atas rebonding kekalkan.

    btw, ini masalah bila ilmu di tulis bukan di sadr. LOL.

  16. Definisi lobai camno?

    Apakah golaran lobai somakin menurun nilainyo, atau tiado manusio berebut atau muntakedarah untok mondapatkan title lobai. Hahahah

    • Penggunaan bahasa loghat adalah bertentangan dengan prinsip Mr Sai, iaitu segala-galanya mesti BM Tinggi. Lobai tidak punya erti dalam BMT, melainkan dalam BM NS sahaja, apa kata Encik Tukang Kebun?

  17. masri, ada kawan aku yang ada title ustaz kat depan kata. kalau akhil hayy tu ustaz, maka masri adalah 10 kali lebih baik dari dia. sebab kau mujtahid mutlak.

    gelaran lobai kau tu takde orang nak.

  18. tak peliklah, sebab selsema tersebar melalui droplet dan air-borne, lagi pula kalau org bersin sebut alhamdulillah org keliling kena sebut yarhamukallah

  19. Ustaz adalah perkataan arab yang membawa maksud ‘Cikgu’ atau ‘Guru’. Orang yang bergelar Ustaz mestilah dia pernah mengikut kursus Perguruan di Maktab atau Universiti.

    Akhil Hayy hanya seorang pendakwah. Dia bukan guru dan tak pernah mengikuti kursus perguruan. Dia hanya pelajar sekolah ugama. Jadi belum layak dia dipanggil Ustaz. Orang yang belajar disekolah ugama belum tentu kerkebolehan untuk mengajar.

    Asal saja nampak alim dan pakai serban terus korang panggil ustaz. Tu ler yang merapu sangat.

  20. Ya macam itulah. Ustaz itu maksudnya Professor. Ya, semacam mana mudahnya pihak itu mengustazkan orang, pihak ini pun mudah memujtahidkan orang.

    • adapun kata mujtahid mutlak itu satu sindiran. agaknya ada pihak fobia dengan mujtahid, wahabi, atau baca kitab sendiri.

  21. aku juga pendakwah, maka panggil aku ustazah=p
    eheh~
    Asap berkepul-kepul keluar ikut mulut, kira ustaz jugak ke?

  22. wah. hangat skali entri ko kali ni.

    tapi bagi aku, aku setuju dengan ustaz yang bermaksud encik.

    cukupla ustaz sebagai panggilan hormat utk seseorang.

    tapi taknak ulas lanjut psl kes dia.. tunggu dan lihat dlu..

  23. salam.

    ckupla ssog itu dpanggil ustaz jika dia ada ilmu asas agama yg ckup..cntohnya seorg ckgu yg mgajar pendidikan agama islam dpnggil ustaz..sbb? dia mgajar agama. pendek kata, sesapa je bley jd ustaz. tp, ustaz x sama ngn mufti. org zaman skg duk asek ckp org ni org tu bkn ustaz..x layak. x layak bgmana? aku rase ilmu agama dia lg tnggi dri ko kot. ko mhukum org seolah2 ko ni mufti..wah, lg tinggi pangkatnya dri ustaz.. klu ustaz ada wat salah tu pkara biasa sbb dia hanya ada ilmu asas agama..tp iman xkan slalu lekat dlm hati..ada turun naik..klu duk studio smpi 3 bulan rekording xtawla naik ke turun. but, tolong la jgn jdge org dri salah dia..kita bkn phukum..apa yg blaku renung2 la..klu ustz pn bley tgelincir, lg kn kita yg bkn ustaz..pendek kata, ada ilmu agama bagus, tp perlu amalan..klu tade amalan..iman xkan naik..mcm kete, klu x tekan minyak, meter xkan naik 240..ksimpulannya, tinggalkan bini smpai 3 bulan bknla gaya sorg ustaz ug phm agama dan masa muda2 dlu memilih, kn umur da 1 baru nk desperate..skian n kesian. -n_n-

  24. salam.

    ckupla ssog itu dpanggil ustaz jika dia ada ilmu asas agama yg ckup..cntohnya seorg ckgu yg mgajar pendidikan agama islam dpnggil ustaz..sbb? dia mgajar agama. pendek kata, sesapa je bley jd ustaz. tp, ustaz x sama ngn mufti. org zaman skg duk asek ckp org ni org tu bkn ustaz..x layak. x layak bgmana? aku rase ilmu agama dia lg tnggi dri ko kot. ko mhukum org seolah2 ko ni mufti..wah, lg tinggi pangkatnya dri ustaz.. klu ustaz ada wat salah tu pkara biasa sbb dia hanya ada ilmu asas agama..tp iman xkan slalu lekat dlm hati..ada turun naik..klu duk studio smpi 3 bulan rekording xtawla naik ke turun. but, tolong la jgn jdge org dri salah dia..kita bkn phukum..apa yg blaku renung2 la..klu ustz pn bley tgelincir, lg kn kita yg bkn ustaz..pendek kata, ada ilmu agama bagus, tp perlu amalan..klu tade amalan..iman xkan naik..mcm kete, klu x tekan minyak, meter xkan naik 240..ksimpulannya, tinggalkan bini smpai 3 bulan bknla gaya sorg ustaz ug phm agama dan masa muda2 dlu memilih, kn umur da 31 baru nk desperate..skian n kesian. -n_n-

  25. ump…suke entry ni..nk tambah ye..even suami suruh cukur kening, walaupon dengan alasan ‘utk suami’ tapi kalaula keluar rumah, kening dipertontonkan ke lelaki lain, memang berdosa. apa2pun hukum tetap hukum. Cukur kening dilaknat. 😉

    cik ah wanna be a mom. kamu bila lagi? ;))

  26. kalau ada Degree Dakwah & Kepimpinan baru boleh jadi ustaz… Kalau ada degree Quran, Hadith & Tafsir baru boleh jadi ustaz yang boleh menafsir…

Leave a reply to ariff.arifin Cancel reply