Kawin awal

Pada suatu subuh yang hening, sesudah solat subuh, seorang teman A bertanya, “Bagaimana nak beritahu kepada abang-abang M supaya benarkan kami nikah awal. Mak ayah dia dah setuju, cuma abang-abang dia yang tanya ‘kenapa nak bernikah awal?’ ”

Saudaraku, inilah persoalan yang biasa ditempuh oleh pelajar-pelajar yang baru graduat macam kita. Oh.

Jawapan untuk kenapa nak kawin awal?
1. saudara dah memang gatal, dan sebab itu, jawablah sebab saudara nak jaga iman. Tapi, saudara, kalau saudara jawab begitu, saudara akan ditertawakan. Nak jaga iman, konon. Zaman sekarang ni, mana ada orang yakin dengan al-quran dan hadis baginda. Ini zaman modenlah, saudara. Masih wujudkah orang yang percayakan akhirat? Apa iman-iman? Biarlah anak-anak muda hendak buat apa pun, asalkan jangan 1. Jadi ibubapa luar nikah, dan 2. Kena tangkap basah. Cuba tengok, saudara, berapa ramai pelajar-pelajar IPT hidup bagaikan suami-isteri tanpa kahwin, tidak pernah pun ada masalah. Nikah? Haram selagi saudara tak ada degree.

Tapi, sebab saudara tegaskan bahawa saudara beriman dan percayakan akhirat, maka, saya bawakan link ini untukmu wahai saudaraku. Nanti, bolehlah saudara bagi abang-abang M baca. Hehehe

2. Saudara baru habis belajar, tiada duit lagi. Teorinya menyatakan saudara hendaklah bekerja terlebih dahulu, sepuluh tahun, dua puluh tahun, kumpul duit, beli kereta, rumah, dan sebagainya. Agak-agak duit saudara sudah cukup 10 juta, maka baru saudara dibolehkan kahwin. Ini adalah teori linear untuk orang yang tak mahu ikut pendapat acuan akhirat. Biasalah, bukankah kita bangsa terhebat? Apa yang ada di dalam al-quran dan hadis itu cuma candu untuk orang yang percayakan akhirat dan yakin bahawa tuhannya maha memberi rezeki.

Disebabkan sekali lagi saudara tegaskan bahawa saudara yakin tuhan saudara maha memberi rezeki, dan saudara juga percayakan akhirat, maka saya tuliskan terjemahan dari surah an-nur, ayat 32

“Dan kahwinikanlah orang-orang yang bujang diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan mereka dengan kurniaan-Nya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”.

Pengajarannya ialah, bila berkahwin, Allah akan bukakan pintu rezeki kepadamu seluas-luasnya. Bukankah ibu dan ayahmu sebagai bukti, wahai saudaraku?

3. Masih belum dapat meyakinkan abang-abang M? Berterus-terang sahajalah, saudara sudah penat berzina. Mintalah supaya dihalalkan hubungan saudara itu, supaya yang haram jadi halal. Zina itu bukan hanya pada kemaluan. Zina itu juga pada tangan, pada kaki, pada mata, dan pada hati.

4 (baru ditambah). Berikut adalah artikel karangan mufti Perlis, Apabila zina lebih mudah dari kahwin.

Moral dari seluruh cerita:

1. Perbandingan orang yang faham agama dan orang yang tidak ingin faham agama adalah bagaikan timur dan barat.

2. Beranilah bernikah (bukan berani bernikah lagi).

5 thoughts on “Kawin awal

  1. kalau dah boleh memikul tanggungjawab sebagai suami/isteri, ada sumber pendapatan yang ok.. tak salah kawin awal.. lebih baik berkahwin daripada melakukan zina

  2. saya sependapat dengan saudara. sewaktu en. suami saya nak kawen dengan saya dulu pn dihujani fenomena begini dari pihak keluarga beliau. alhamdulillah, bg pihak ayahbonda saya sangat menggalakn kahwin bila serunya sudah sampai. saya juga kasihan kpd ayahanda saya yg terpaksa menaggung dosa saya sepanjang saya bercinta dgn en.suami sebelum perkahwinan (read: dosa yg dimaksudkan adalah seperti yg tertera di entry juga lampirannya). alhamudlillah, segalanya sudah selesai setahun yang lalu. benar, kepada yg sedang hot bercinta, cepat2lah kawen.percayalah cinta lepas kawen lagi bes!!

Leave a comment